Perutusan Pentadbir Tanah

Written by Super User. Posted in Profil

Selamat Sejahtera,

Ditengah-tengah ledakan Teknologi Maklumat Dan Komunikasai, PTKM perlu bergerak cergas seiring dengan keperluan pelanggan yang hauskan perkhidmatan yang berkualiti & terbaik.  Harapan rakyat terhadap perkhidmatan yang diberi oleh PTKM adalah amat tinggi.  Rakyat mahukan segalanya cepat, mudah, senang, mesra pelanggan & kudrat tenaga.  Jabatan perlu mengorak langkah untuk meningkatkan kualiti proses penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dengan menjadikan ICT teras utama dalam kebanyakan operasi harian jabatan.  Sistem SPEKS, SUKHAT, SPTB, E-Consent, MySMS, My Id, bayaran cukai dalam talian, & pelbagai urusan tanah lagi yang menggunakan ICT sepenuhnya telah dilaksanakan oleh Pentadbiran Tanah Kedah.  Semua sistem yang digunakan ini adalah untuk memudahkan urusan pentadbiran tanah agar ianya lebih cepat, mesra pelanggan, berkualiti, kurang kos & kurang kesilapan.

Laman Web Jabatan yang diperkenalkan oleh PTKM ini adalah merupakan satu usaha kreatif bagi mempromosikan Pejabat Tanah Kuala Muda dengan menggunakan media ICT.  Sebaran maklumat tidak lagi terhad kepada pelanggan tempatan sahaja tetapi ianya tersebar ke seluruh dunia.

Jabatan sedang berusaha untuk memaparkan sebanyak mungkin maklumat yang sesuai & berguna untuk kemudahan rakyat berurusan dengan jabatan.  Maklumat ini juga berguna sebagai bahan rujukan dalam apa-apa urusan tanah tanpa perlu datang ke jabatan.  Kita telah menjadikan Laman Web ini lebih mesra pelanggan dengan membenarkan pengguna boleh berinteraksi dengan Laman Web ini & membuat pengaduan secara terus dalam Laman Web ini.

Menerusi Laman Web ini pelanggan boleh mengetahui prosedur pelbagai urusan di pejabat tanah dengan lebih tepat & mengetahui dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi sesuatu urusan atau perkhidmatan.  Dengan adanya maklumat-maklumat terkini di Laman Web ini sekurang-kurangnya pelanggan dapat mengetahui dengan jelas tentang apa yang harus dilakukannya bagi membolehkan permohonannya diproses.  Jadi laman web ini telah menyertakan maklumat nama pegawai yang bertanggungjawab tentang sesuatu proses atau perkhidmatan.  Perkara ini akan menampakkan sikap mesra pelanggan yang amat dikehendaki oleh pembayar cukai.

Jabatan ini sedang berusaha sekiranya isu-isu perundangan boleh diselesaikan, borang-borang tertentu boleh dimuat turun terus dari laman web ini.  Namun begitu untuk peringkat awal ini contoh-contoh borang permohonan yang diisi lengkap akan dipaparkan bagi memudahkan pelanggan menggunakan borang-borang yang kebanyakkannya terikat dengan Kanun Tanah Negara & lain-lain perundangan serta bayaran-bayaran yang ditetapkan.

Saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan ke arah penambahbaikan.  Sekiranya ditahap kemampuan kewangan dan sumber manusia, mana yang baik kita akan laksanakan.  Sekiranya tidak, kita akan berusaha mencari pendekatan yang lebih kreatif lagi bagi merealisasikan harapan & kehendak pelanggan.

Sekian, terima kasih

AHMAD BAWADIR BIN ABD.GHANI.,AMK.,BCK 

Pentadbir Tanah Daerah Kuala MudaSelamat Sejahtera,

Scan QR KOD

ptkm

Pautan

MyGovernmentLambang Kedah kecikmampu1JPA1malaysia-pngmscHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

200363
Hari IniHari Ini44
SemalamSemalam75
Minggu IniMinggu Ini163
Bulan IniBulan Ini822
KeseluruhanKeseluruhan200363

Undian

Adakah Informasi Laman Web Ini Membantu Anda?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: