YDP Agong Beri Penghormatan Terakhir Kepada Almarhum Sultan Kedah

Written by Super User. Posted in Berita Terkini

agong

ALOR SETAR, 12 September - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mangkat petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira 12.40 tengah hari di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit diiringi Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani.

Almarhum Sultan Abdul Halim, 89, mangkat di Istana Anak Bukit di sini pada pukul 2.30 petang semalam setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.

Turut berkenan berangkat memberi penghormatan terakhir ialah Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah dan Permaisuri Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut hadir memberi penghormatan ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Tunku Ibrahim dan beberapa kerabat Diraja Johor, Raja Dihilir Perak Raja Datuk Seri Diraja Tan Sri Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris A'fifullah, Raja Puan Muda Perak, Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Soraya Sultan Abdul Halim dan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Menteri-menteri kabinet yang memberikan penghormatan ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Turut hadir, dua bekas perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdahulu solat jenazah diimamkan Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang.

Jenazah Almarhum baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada pukul 4 petang ini.

Sumber : BERNAMA

Scan QR KOD

ptkm

Pautan

MyGovernmentLambang Kedah kecikmampu1JPA1malaysia-pngmscHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

196804
Hari IniHari Ini54
SemalamSemalam71
Minggu IniMinggu Ini381
Bulan IniBulan Ini1455
KeseluruhanKeseluruhan196804

Undian

Adakah Informasi Laman Web Ini Membantu Anda?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: